
Artikel ini dikemas kini terakhir pada 20 Disember 2024.
Sebagai seorang yang tak pernah meminati bunga sebelum ini, saya memang tak faham kenapa orang sanggup habiskan duit semata-mata untuk beli bunga yang akan layu. Tapi, itu sebelum saya berkenalan dengan tulip!
Siapa sangka bunga yang nampak simple tapi penuh dengan pesona ini boleh buat hati saya jadi cair? Dari warna-warna yang memukau hingga bentuknya yang menarik, tulip ini memang penuh dengan tarikannya! Dalam blog kali ini, saya nak kongsikan dengan anda segala-segalanya tentang tulip! Dari jenis-jenisnya, asal-usulnya, sampai lah kepada beberapa fakta menarik yang mungkin anda tak pernah dengar.
Kami di White On White sering mendapat pesanan jambangan bunga tulip, sama ada dari seorang kekasih, atau pun dari seorang suami untuk isternya. Dan warna bunga tulip yang sering menjadi rebutan pelanggan kami ialah bunga tulip merah jambu. Iyelah, warnanya yang lembut sesuai untuk dihadiahkan kepada si jelita dan ia juga membawa maksud sayang. Jadi, tidak hairan lah kalau bunga tulip merah jambu sering dijadikan pengantara untuk mengungkapkan rasa kasih dan sayang selain bunga ros merah.
- Apa lagi hadiah yang sesuai untuk meluahkan rasa cinta kepada si dia?
- BACA LEBIH LANJUT: 30 HADIAH ISTIMEWA TERBAIK UNTUK MENAMBAT HATI SI DIA
Asal-Usul Bunga Tulip
Tulip sebenarnya terkenal dengan warna-warna cerah dan bentuknya yang elegan. Selain itu, ia juga mempunyai sejarah yang menjangkau berabad-abad dan benua. Mari saya ceritakan.
Bunga tulip berasal dari kawasan Asia Tengah dan memang dikenali di Turki berabad-abad yang lalu. Tapi pernah tak anda terfikir, dari mana datangnya nama Tulip ini? Nama saintifik bunga tulip ialah Tulipa dan ia sebenarnya berasal daripada perkataan Turki “tülbent” yang bermaksud turban. Terhasilnya nama ini adalah kerana bentuk bunga tulip ini seakan-akan bentuk turban ketika itu.
Kemudian, bunga ini mula mendapat perhatian di Eropah pada abad ke-16, terutamanya di Belanda yang membawa kepada fenomena “Tulip Mania”. Bayangkan, pada zaman dahulu, harganya boleh mencecah harga sebuah rumah! Kalau pada waktu itu harga rumah sekitar RM100,000, bermakna itulah harga untuk sebatang bunga tulip. Gila!
Hari ini, tulip ditanam di serata dunia dengan Belanda kekal sebagai pengeluar terkemuka dan terdapat pelbagai jenis bunga tulip. Ramai yang meminati Tulip ini bukan sahaja untuk dijadikan hiasan di taman dan gubahan bunga tetapi juga memainkan peranan penting dalam industri florikultur global. Tulip tumbuh subur dalam iklim sederhana dan ditanam di pelbagai negara, termasuk Amerika Syarikat, Turki, Belanda, dan China. Kepelbagaian dan daya tarikannya yang berkekalan terus menjadikan tulip sebagai simbol musim bunga dan keindahan semulajadi yang digemari ramai di seluruh dunia.
Untuk pengetahuan anda, setiap warna tulip membawa maksud yang berbeza-beza. Jadi, sekiranya anda berniat untuk menghadiahkan jambangan bunga tulip kepada seseorang, pastikan anda tahu maknanya terlebih dahulu! Jom saya terangkan di bawah tentang makna warna-warna yang terdapat pada setiap jenis bunga tulip.
Jenis-Jenis dan Maksud Bunga Tulip

Bunga tulip terdapat lebih daripada 150 spisis dengan ribuan warna yang berbeza! Namun, sesetengah warna dan jenis bunga tulip yang popular termasuk:
- Tulip Merah: Kebiasaannya bunga yang berwarna merah melambangkan cinta yang mendalam.
- Tulip Merah Jambu: Tulip merah jambu biasanya dikaitkan dengan kebahagiaan, kasih sayang dan keyakinan.
- Tulip Kuning: Melambangkan kebahagiaan dan harapan.
- Tulip Ungu: Mewakili martabat dan kebangsawanan.
- Tulip Putih: Tulip putih melambangkan kesucian dan permulaan. Mereka sering digunakan dalam majlis perkahwinan dengan membawa makna permulaan baharu.
- Tulip Oren: Warna oren merupakan warna vibrant yang cerah, intens dan menonjol. Warna berani macam ini sering kali dikaitkan dengan perasaan teruja atau rasa semangat akan sesuatu.
- Tulip Hitam: Tulip yang berwarna hitam melambangkan kuasa dan kekuatan. Mereka juga boleh mewakili keanggunan dan kecanggihan.
- Tulip Biru: Tulip biru jarang dijumpai dan sering dikaitkan dengan keunikan, misteri, dan rasa tenang. Anda nak lihat bagaimana tulip berwarna biru? KLIK SINI UNTUK LIHAT
- Tulip Dua Warna (gabungan dua warna): Dengan gabungan warna yang menawan, ia melambangkan kesatuan yang harmoni dan cinta yang sempurna. Mereka sering digunakan dalam majlis perkahwinan dan mewakili pertemuan dua jiwa dalam cinta.
- Tulip beraneka warna (berjalur atau pelbagai warna): Tulip yang mempunyai campuran warna, terutamanya yang mempunyai coretan atau corak, dikenali sebagai tulip beraneka ragam. Mereka melambangkan mata yang cantik kerana penampilan mereka yang menarik. Bunga tulip ini selalunya dihadiahkan kepada seseorang yang dikagumi kerana kecantikannya, luar dan dalam.
- Bunga apa yang sesuai untuk dihadiahkan mengikut karakter si dia?
- BACA DI SINI: INI CARA UNTUK ANDA PILIH HADIAH TERBAIK MENGIKUT KARAKTERISTIK PASANGAN ANDA
Jenis Bunga Tulip Warna Biru Yang Jarang Dijumpai
Pernah tak anda bayangkan bunga tulip berwarna biru? Rasanya, kalau ada tulip warna biru, mungkin semua orang akan berebut nak beli! Tapi, sebelum anda terlebih teruja, kena tahu yang tulip warna biru ini sebenarnya agak jarang dijumpai. Dan kalau ada pun, ia bukan semulajadi. Yup, betul! Kalau anda nampak tulip biru, itu sebenarnya hasil kreativiti manusia.
Biasanya, tulip berwarna biru ini tercipta dengan cara yang agak unik. Para penanam bunga akan tenggelamkan batang tulip dalam larutan air berwarna biru. Air itu akan naik melalui batang bunga dan meresap ke kelopak, menghasilkan warna biru yang cantik! Macam magic, kan? Tapi, jangan harap nak jumpa tulip biru di taman-taman biasa. Nak buat tulip biru ini, bukan sekadar tanam dan biar macam itu sahaja. Memang memerlukan usaha dan kreativiti!
Jadi, walaupun tulip biru ini jarang dijumpai secara semulajadi, dengan sedikit trik dan sentuhan magis, kita boleh menikmati keindahan tulip biru yang cukup memukau!
Maksud Warna Bunga Tulip & Sesuai untuk Apa?
1. Pink Tulips Flower Bouquet

Bunga tulip warna merah jambu, siapa yang tak cair tengok? Kalau anda nak hadiahkan sesuatu yang penuh makna, jambangan bunga tulip merah jambu adalah pilihan yang sangat tepat! Kenapa? Sebab bunga tulip merah jambu melambangkan perasaan sayang, kasih, dan penghargaan. Jadi, ia memang sesuai untuk diberikan kepada orang yang anda sayang, tak kira siapa pun mereka.
Jambangan tulip merah jambu ni sangat sesuai untuk hadiahkan kepada pasangan kekasih, isteri, atau suami sebagai tanda cinta dan penghargaan. Ia juga boleh diberikan kepada ibu sebagai simbol kasih sayang yang tak terhingga, terutamanya pada Hari Ibu. Selain itu, tulip merah jambu juga sangat sesuai untuk mereka yang baru tamat belajar atau meraikan pencapaian hebat, sebab ia memberi makna penghargaan terhadap usaha keras dan dedikasi.
Harga: Bermula daripada RM220 – RM265
Penghantaran ke: Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
2. Gorgeous You (Tulip Oren)

Jambangan bunga tulip oren ini juga sangat sesuai untuk diberikan kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang sedang melalui waktu yang sukar. Ia melambangkan harapan, kegembiraan, dan perubahan positif. Jadi, tulip oren menjadi simbol semangat baru dan keinginan untuk maju ke hadapan. Selain itu, tulip oren juga memberi kesan kehangatan dan kemesraan, menjadikannya hadiah yang sempurna untuk menunjukkan penghargaan dan kasih sayang.
Harga: Bermula daripada RM270 – RM325
Penghantaran ke: Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
3. Graceful Tulips Bouquet (Tulip Putih & Tulip Merah Jambu)

Walaupun ternampak biasa, tetapi gabungan tulip putih dan tulip merah jambu cukup menawan hati. Warna lembut tulip merah jambu menzahirkan rasa kagum dan terima kasih kepada si penerima. Sedang asyik menikmati harumannya, mata anda terpandang pula ke arah tulip putih. Kecantikannya membawa kesegaran kepada mata. Bunga ini mencerminkan hubungan persahabatan yang akan berkekalan yang telah mengharungi pelbagai ujian.
Harga: Bermula daripada RM260 – RM315
Penghantaran ke: Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
4. Elegant Bridal

Bayangkan diri anda berjalan menuju ke arah pasangan sambil memegang erat jambangan bunga tulip putih, pastinya akan menaikkan lagi seri pengantin anda! Warna putih sering dikaitkan dengan permulaan baharu dalam hidup disamping suami tercinta dan keluarga baharu yang anda akan bina bersama. Disebabkan itu, bunga tulip putih merupakan bunga yang sangat sempurna untuk bakal-bakal pengantin menggayakannya di hari bahagia nanti.
Harga: Bermula daripada RM260 – RM315
Penghantaran ke: Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
- Anda tahu berapa kuntum bunga yang sepatutnya ada dalam jambangan bunga?
- KLIK SINI: BILANGAN KUNTUM BUNGA YANG SEMPURNA DALAM SEJAMBAK BUNGA
Info Tambahan! Lagi Fakta Menarik Tentang Tulip
- Tahukah anda? Tulip boleh tumbuh dari biji atau umbi.
- Meskipun mereka indah, tulip adalah sebahagian dari keluarga bawang. Tetapi, jangan masukkan ke dalam sup anda pula!
- Terdapat satu muzium di Belanda khusus untuk tulip. Menariknya!
- Anda tahu tak sebenarnya kelopak bunga tulip boleh dimakan? Ia boleh digunakan dalam salad, pencuci mulut dan sebagai hiasan makanan. Walau bagaimanapun, pastikan ia bebas dari racun perosak dan tidak dirawat dengan bahan kimia berbahaya.
- Banyak negara dan bandar di seluruh dunia menganjurkan festival tulip untuk meraikan keindahan bunga-bunga ini. Taman Tulip Keukenhof, Lisse, Belanda adalah salah satu lokasi yang paling terkenal untuk melihat bunga tulip yang sedang mekar.
- Walaupun tulip tidak terkenal kerana harumannya,tetapi untuk pengetahuan anda, ada beberapa spisis tulip liar yang mempunyai haruman yang sangat wangi iaitu Tulipa Schrenkii. Katanya, spisis ini mempunyai haruman yang manis tetapi sering diabaikan kerana ia tidak sekuat haruman bunga lain.
- Sekiranya anda di Malaysia dan ingin melihat pelbagai jenis bunga tulip dengan lebih dekat, anda boleh ke Cameron Highland. Di sana, terdapat lebih 2,500 pokok bunga tulip yang berkembang mekar seperti tulip merah, tulip kuning, tulip campuran jingga, tulip ungu cair, tulip ungu gelap dan tulip campuran jingga, kuning dan merah.
Tulip bukan sahaja indah untuk dilihat tetapi juga penuh dengan sejarah dan makna yang mendalam. Kami di White On White ada menawarkan pelbagai jenis tulip untuk semua keperluan anda – sama ada untuk diri sendiri, hadiah atau majlis khas. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau ingin membuat pesanan, hubungi kami segera!
Kesimpulan
Jadi, selepas kita selami segala yang menarik tentang bunga tulip ini, tak hairanlah kenapa bunga tulip sentiasa jadi pilihan hati ramai! Dari warna yang berbeza hingga kepada makna yang mendalam, setiap jenis tulip membawa pesan dan cerita yang unik. Sama ada untuk meluahkan perasaan cinta, memberi semangat, atau sekadar menghiasi hari istimewa, bunga tulip memang pilihan yang tepat.
Jangan lupa, walaupun tulip ini mungkin nampak klasik, ia tetap mempunyai pesona yang tidak pernah pudar. Jadi, kalau anda sedang cari bunga yang bukan sahaja cantik tapi penuh dengan makna, tulip adalah jawapannya! Siapa tahu, selepas baca blog ini, anda mungkin nak hadiahkan seseorang yang istimewa dengan jambangan bunga tulip. Lagipun, siapa yang tak suka bunga, kan?
