Kedai Bunga Kuala Rompin – Hantar Bunga Segar Untuk Apa Jua Detik Bermakna
Dari ucapan terima kasih sampai ke hari istimewa, kami di sini akan tolong sampaikan semuanya dengan sejambak bunga segar yang penuh makna. Tempah hari ini dan nikmati penghantaran hari sama jika anda buat pesanan sebelum jam 4 petang.
Siapa Kami | White On White | Kedai Bunga Premium
Kami ialah White On White, kedai bunga premium dari Malaysia yang kini menghantar ke Kuala Rompin. Sejak awal, misi kami mudah iaitu menyampaikan rasa melalui bunga.
Bagi kami, setiap jambangan bukan sekadar hiasan tapi cara seseorang meluahkan kasih, menghargai, atau mengubat rindu dari jauh. Itulah sebabnya setiap susunan jambangan bunga di White On White dibuat dengan penuh perhatian oleh florist berpengalaman. Manakala, pilihan bunga-bunga segar pula kami import dari Turkiye, Holland, dan Ecuador, digabungkan dengan pilihan tempatan yang terbaik.
Kami percaya bunga yang cantik boleh mengubah suasana, dan bila dihantar dengan niat yang ikhlas, ia jadi sesuatu yang lebih bermakna. Jadi kalau anda mencari kedai bunga di Kuala Rompin yang boleh dipercayai untuk mencipta momen indah, White On White ada di sini membantu anda menyampaikan rasa dengan cara yang paling indah.Â
Bagaimana Kami di White On White Menjaga Kualiti Bunga Segar Kami?
Di White On White, setiap jambangan bermula dengan bunga yang betul-betul dijaga rapi dari awal lagi. Kami tak terus gubah tetapi kami ‘condition’ bunga kami satu per satu supaya setiap tangkai yang keluar dari kedai bunga kami berada dalam keadaan terbaik.
- Langkah pertama, kami akan buang kelopak atau daun yang dah layu atau mula berubah warna, sebab itu tanda bunga tu dah tak segar sepenuhnya.
- Selepas itu, batang bunga akan dipotong secara serong. Cara ni sangat penting supaya bila bunga diletakkan dalam air, batang bunga boleh menyerap lebih banyak air dan tahan lebih lama.
- Bila semua dah siap, kami akan letakkan bunga-bunga tu dalam peti ais khas, bukan peti ais macam kat rumah kita tu. Hal ini adalah untuk mengekalkan kesegaran macam masa ia baru sampai dari ladang.
- Dan setiap hari, air dalam pasu akan ditukar dua kali sehari, sebab kami tahu batang bunga yang cantik pun boleh cepat rosak kalau airnya kotor.
Pendek kata, kami layan setiap tangkai bunga dengan sepenuh hati. Sebab bila anda terima jambangan dari White On White, kami nak anda rasa bukan sekadar cantik di luar, tapi segar dan tulus dari dalam.
Koleksi Bunga Popular di Kuala Rompin
Di White On White, setiap bouquet ada cerita dia sendiri. Tak kira sama ada untuk hari-hari biasa atau detik yang lebih istimewa, kami ada pilihan yang sesuai untuk setiap momen.
- Kalau nak surprise pasangan, cuba bouquet Rose kami yang menggabungkan warna yang menarik dan romantik.
- Nak hantar ucapan tahniah untuk kawan yang baru kahwin? Pilih floral box & basket yang kami gabungkan dengan 2-3 jenis bunga. Gubahan macam ni akan nampak lebih meriah dengan warna yang ceria dan bunga-bunga yang comel, sesuai untuk sambutan yang manis.
- Untuk hari lahir atau ulang tahun, ada koleksi harian yang fleksibel tapi cantik, mudah dihantar terus ke rumah atau pejabat. Sesuai kalau nak bagi kejutan ringkas tapi bermakna.
- Dan bila tiba masa untuk kenangan atau penghormatan, condolence flower stand kami dijaga rapi supaya nampak sopan, tenang, dan penuh hormat, sekaligus memberi ketenangan kepada keluarga yang menerima.
Pendek kata, setiap jambangan bunga di White On White bukan sekadar cantik tapi disusun untuk menyampaikan rasa yang tepat, ikut momen dan emosi yang anda ingin sampaikan.
Sokongan 24 Jam, Hati Tenang Sepanjang Hari
Kami faham, kadang-kadang nak beli bunga bukan ikut jam pejabat. Mungkin tengah malam, anda baru teringat nak hantar bunga untuk anniversary pasangan, atau pagi-pagi nak hantar ucapan tahniah.
Di White On White, chatbot kami sedia membantu 24 jam sehari, setiap hari. Jadi, walaupun di luar waktu pejabat, anda tetap boleh semak stok, dapat cadangan bouquet, atau mula proses tempahan.
Kalau anda nak bercakap dengan manusia pula, customer service kami bersedia membantu dari 9 pagi hingga 6 petang setiap hari, tanpa cuti kecuali public holiday. Team kami mesra, cepat respon, dan memang fokus untuk pastikan urusan anda mudah, selamat, dan menyeronokkan.
Dengan sistem ni, tak kira bila anda perlukan bunga, White On White sentiasa ada untuk pastikan pengalaman tempahan anda lancar dan selesa.
Nikmati Penghantaran Bunga Hari Yang Sama dari Kedai Bunga Kuala Rompin
Perlukan bunga dihantar pada hari yang sama? Kedai Bunga Kuala Rompin memastikan setiap pesanan tiba dengan kesempurnaan dan keanggunan. Pesanan sebelum jam 4 petang layak untuk penghantaran pada hari yang sama, membolehkan hadiah anda menyampaikan kasih sayang tepat pada waktunya.
Rangkaian penghantaran kami merangkumi Bandar Bera, Bentong, Jerantut, Maran, Pekan, Temerloh, serta bandar-bandar berhampiran di seluruh Pahang. Sama ada kejutan istimewa saat akhir atau sambutan yang dirancang rapi, setiap bunga kami kendalikan dengan penuh teliti supaya bunga sampai dalam keadaan terbaik.
Kerana dalam menyampaikan rasa cinta dan penghargaan, setiap detik itu berharga dan kami memastikan bunga anda sampai tepat pada waktunya.
Soalan Lazim (FAQs)
Ada Buat Penghantaran Hari Sama ke Kuala Rompin?
Ya, kami ada buat penghantaran bunga pada hari yang sama ke semua kawasan dalam Kuala Rompin, Pahang. Hanya buat pesanan anda sebelum jam 4 petang dan kami akan pastikan bunga anda dihantar pada hari yang sama.
Boleh Tempah Bunga Custom Ikut Bajet?
Sudah tentu! Hubungi perkhidmatan pelanggan kami dan beritahu berapa bajet anda. Kemudian, team florist kami akan menggubah bunga sesuai mengikut pilihan dan permintaan anda.
Jenis Pembayaran Macam Mana yang Diterima?
Kami menerima pelbagai pilihan pembayaran, termasuk kad kredit utama dan kaedah pembayaran dalam talian seperti e-dompet.
Bolehkah saya Menjejaki Status Penghantaran Bunga Saya?
Ya, kami menyediakan kemas kini masa nyata tentang status penghantaran bunga anda. Anda akan menerima nombor penjejakan dan boleh menyemak status penghantaran anda dalam talian.
see what our customers say...
Google Reviews
Reliable and very responsive. I live in abroad and wanted to send condolence flowers to malaysian relative. Prompt assistance and able to fulfill delivery. Ordered at 2ish and delivered about 4ish. Highly recommended.
After searching for more than 10 online florist, I give it a go with White On White. I love the beautiful arrangement for the sombre sadness for a passing loved one. The price are reasonably affordable for both flower stands and the cake. Love it!
My overall experience with White On White is splendid. Staffs are incredibly helpful assisting me to for my granny's birthday bouquet. The bouquet looks amazing and I literally 'wow' when i see it. Seamless delivery, punctual and you get notified prior to delivery.Â
I'm impressed with their services. Fast, reliable, diligent and fantastic bouquets.
I placed my order quite late and they go beyond to prepare the bouquet immediately. Thank you!
I choose to purchase from White On White as their bouquet shown on website looks the best compared to others. The bouquet meets my expectations with nice scent. Highly recommended!
I'd love to express my sincere thanks for the stunning flower bouquets of our office grand opening. Your attentive to details and creativity is truly impressive. Will recommend your services to others.
One of the best florist with responsiveness in text. Good sense in wrapping bouquet with reasonable price! I'd been returning for their bouquet for more than 5 times!
White On White is simply amazing! They were accommodating with my request and delivered flowers for me at the last minute order. Thank you so much!

Google Reviews

Satisfaction

Flowers Selection

Delivery (T&C)