Customers' Guide

Tips Pilih Bouquet Convo Yang Sesuai Untuk Lelaki & Perempuan

tips pilih bouquet konvo yang sesuai untuk lelaki dan perempuan
tips pilih bouquet konvo yang sesuai untuk lelaki dan perempuan

Kalau sebut pasal konvokesyen di Shah Alam, mesti terbayang suasana meriah depan UiTM, MSU atau UNISEL. Jalan sesak, parking penuh, orang berpusu-pusu cari restoran lepas majlis. Dan yang paling obvious ialah kiri kanan mesti ada orang pegang bouquet convo dari kedai bunga Shah Alam besar gedabak, siap ada teddy bear, belon, coklat… semua ada lah!

Memang hari graduasi ni lain macam auranya. Air mata bercampur tawa. Graduan bangga, mak ayah sebak, kawan-kawan menjerit “wehhh tahniah bro!” macam stadium bola. Dan dalam semua kekecohan tu, ada satu benda yang selalu jadi highlight iaitu hadiah bunga.

Masalahnya, nak pilih bunga untuk konvokesyen ni bukan mudah. Tak, sebenarnya senang saja tapi yang menjadi masalah adalah rambang mata. Banyak sangat pilihan! Tambah-tambah kalau nak cari yang sesuai untuk lelaki.

Kenapa Bouquet Convo Jadi Hadiah Wajib Masa Konvokesyen?

Sebenarnya tak ada undang-undang pun kata hadiahkan bunga untuk para graduan ni. Tapi cuba bayangkan. Graduan lain semua bergambar dengan bunga konvo yang cantik, tiba-tiba anak or kawan kita kosong saja tangan dia. Tak sedih ke? Gambar pun nampak macam tak lengkap saja.

Bunga ni bukan sekadar cantik untuk bergambar, tapi sebenarnya simbol penghargaan yang sangat besar maknanya. Bayangkanlah, bertahun-tahun si dia berjaga malam, bergelut dengan assignment, stress dengan exam, kadang-kadang sampai menangis sebab rasa nak give up. Tapi semua tu akhirnya berbayar bila dia berdiri atas pentas konvokesyen. Dan masa tu, bila tangan dia disambut dengan bunga konvokesyen, dia akan rasa macam, “Ya Allah, semua usaha aku dihargai.”

Tambah pula kalau bouquet tu siap ada teddy bear konvo. Fuhh! Lain macam feel dia. Teddy tu seakan-akan simbol “peluk semangat” daripada orang tersayang. Sekali tengok nampak comel, tapi sebenarnya penuh dengan mesej kasih sayang.

Serius, kalau tanya mana-mana graduan, kadang-kadang bukan nilai harga bunga yang buat mereka terharu. Tapi gesture kecil tu yang buatkan mereka dihargai.

Masalah Biasa Bila Pilih Bouquet Convo di Shah Alam

Okay di sini ada beberapa masalah biasa yang kami sebagai florist boleh nampak bila tiba je musim konvo ni. Masalah yang biasa orang akan hadapi adalah dia pening kepala nak pilih mana satu. Sebab apa?

❌ 1. Susah Cari Bouquet Untuk Lelaki

Kalau untuk graduan perempuan senang saja. Pilih bunga rose pink, carnation warna-warna pastel, balut dengan wrapping pastel zupzapzupzap settle! Tapi bila nak beli untuk lelaki… haa, di sinilah bemulanya cabaran.

Bayangkan abang, adik, atau kawan lelaki yang baru grad. Nak bagi dia bouquet pink roses dengan wrapping lilac? Boleh je sebenarnya tapi kalau dia jenis “macho”, confirm kawan-kawan gelakkan, siap jadi bahan dalam group WhatsApp alumni. 

Ramai customer selalu cakap dekat kami:

  • “Anak lelaki saya tak suka benda girly, tapi kalau tak bagi bouquet langsung, nampak kosong pula.”

  • “Boyfriend saya malu lah nak pegang bunga, ada tak option lain?”

Haa jadi sebab tu florist kena pandai adjust. Kalau boleh, pilihlah wrapping hitam, biru, kelabu gelap. Lepastu gandingkan dengan bunga bold macam bunga matahari, rose putih, rose warna biru. Baru lah nampak maskulin, baru graduan lelaki tu confident nak posing depan kamera.

Daydream Flower Bouquet, flower for boyfriend, manly flower bouquet

Daydream Flower Bouquet

Harga: Bermula daripada RM270

Golden Horizon Bouquet

Harga: Bermula daripada RM290

Black Knight Bouquet, black rose, rose bouquet

 Black Knight Bouquet

Harga: Bermula daripada RM190

❌ 2. Last-Minute, Semua Florist Full Order

Ni masalah paling biasa berlaku kalau musim konvo. Sebenarnya bukan waktu konvo saja. Peak season macam Valentine, Mother’s Day pun sentiasa penuh order. Tapi kalau sebut pasal konvo ni, konvo UiTM Shah Alam memang gila meriah. Mana taknya, dalam seminggu, ribuan graduan jalan keluar masuk Dewan Agong Tuanku Canselor. Jadi tak pelik kalau ramai florist habis slot lebih awal.

Bayangkan situasi:

  • Malam sebelum majlis → baru teringat nak order. Cari online, semua tulis “FULLY BOOKED”.

  • Esok pagi → round cari florist sekitar Shah Alam, semua cakap “Sorry kak, dah tak sempat”.

  • Akhirnya → sampai dewan tangan kosong, tengok orang lain siap ada bouquet convo lawa-lawa, terus rasa down.

Nasib baik lah ada florist yang memang dah standby untuk kes-kes kecemasan macam ni. Contohnya White On White. Kita memang ada slot khas untuk urgent order dan last minute order. Bukan setakat untuk mak ayah yang baru sampai Shah Alam pagi tu, tapi juga untuk kawan-kawan yang nak buat surprise saat akhir.

Pernah ada customer call kami pagi-pagi. “Tolonglah, anak saya grad hari ni, saya tak sempat nak beli apa-apa. Buat bouquet yang simple pun tak apa janji ada.”

Dan kita memang akan usahakan. Kadang-kadang bouquet tu siap terus dihantar delivery ke UiTM Shah Alam dalam masa sejam dua je. Tak perlu stress sangat sebab at least ada sesuatu di tangan, dan momen konvo tu tak jadi hambar. 

❌ 3. Fresh Flower vs Soap Flower

Haa, ni memang dilema paling banyak customer tanya kat florist. “Nak beli fresh flower ke soap flower untuk konvo?”

Majlis konvo biasanya panjang. Nak kena tunggu giliran masuk dewan, sesi bergambar dengan family dan kawan-kawan. Kadang-kadang tengah panas terik pulak tu. Bunga pun macam manusia, boleh “penat”. Sebagai florist, saya pernah dengar customer mengadu:

  • “Baru lepas snap gambar depan dewan, bunga dah start layu sebab panas.”

  • “Balik rumah, tak sampai malam bunga dah lembik.”

Memang betul, especially kalau bunga jenis hydrangea atau tulip. Dua ni memang manja betul dengan cuaca Malaysia.

Soap flower pula lain cerita dia. Dia tahan lama, bentuk boleh maintain lama, warna tak luntur. Ada mak ayah yang suka sebab anak boleh simpan bouquet tu sebagai hiasan bilik, atau jadi kenangan dalam almari kaca. Cuma ya lah, ada yang rasa kurang “feel” sebab tak ada bau natural fresh flower

So, kalau tanya florist, pilihan bergantung pada tujuan. Kalau nak glamour hari tu, ambil lah bunga segar. Kalau nak memori jangka panjang, boleh ambil bunga sabun. Kalau nak dua-dua? Gabung je dua jenis tu dalam satu jambangan.

Mine Wish Bouquet

Harga: Bermula daripada RM260

Bravo Bouquet

Harga: Bermula daripada RM200

Remarkable Success Bouquet

Harga: Bermula daripada RM200

❌ 4. Harga Tak Konsisten

Ini memang topik sensitif setiap musim konvo. Ada yang jumpa bouquet convo RM70 dengan design yang simple, wrapping biasa, comel untuk bergambar. Ada juga yang mencecah RM250–RM300 dengan design yang lebih besar, wrapping fancy, siap ada teddy bear atau coklat sekali. 

Customer selalu keliru:

  • “Kenapa yang ni RM80 je, tapi yang sana RM200? Sama-sama rose je pun.”

  • “Florist dekat dewan UiTM Shah Alam memang caj mahal sebab ramai orang nak beli.”

  • “Kalau beli last minute, confirm harga naik kan?”

Jawapan dia: ya dan tidak.

Kadang-kadang harga naik sebab demand tinggi. Logik lah kan… Masa konvo UiTM Shah Alam, florist pun kena stock up bunga lebih banyak dari biasa. Supplier bunga pun pandai naikkan harga wholesale sebab tahu ramai florist tengah berebut stok. Jadi bila harga dari ladang naik, automatik harga jual pun naik.

Pernah ada kes, mak ayah beli mahal-mahal sebab panik last minute. Tapi akhirnya dapat bouquet kecil je. Bila tengok orang lain dapat bouquet sama harga tapi dua kali ganda besar, memang rasa macam “alamak, aku kena ketuk harga ke ni?”. 

Tips Supaya Tak Kena 'Ketuk' Harga Bila Beli Bunga Konvo

Harga bouquet ni memang tak ada standard board sebab bergantung pada banyak faktor macam jenis bunga, wrapping macam mana, bila beli, beli dekat mana dan paling penting craftmanship bouquet tu. Kalau nak elak rasa “eh, aku kena tipu ke ni?”, buat survey awal. Tanya dengan jelas kepada florist anda. Contohnya boleh tanya berapa kuntum ada dalam bouquet ni, ada teddy bear atau tak, saiz lebih kurang besar mana. Jangan malu nak tanya gambar contoh.

Kat White On White, kami memang terbuka bab ni. Customer selalu DM tanya beza bouquet RM99 dengan RM159, dan kita terangkan satu-satu. Biasanya kalau kuntuman bunga lebih banyak, wrapping paper yang berbeza, saiz dia pun akan beza. Kita tak nak customer rasa macam bayar mahal tapi tak puas hati. Sebab bagi kami, bouquet konvo ni bukan sekadar bunga tapi kenangan seumur hidup. Kalau kenangan tu jadi pahit sebab rasa “harga tak berbaloi”, memang rugi.

Graduation Glory Bouquet

Harga: Bermula daripada RM130

All The Best Bouquet

Harga: Bermula daripada RM200

Best Wishes Bouquet

Harga: Bermula daripada RM100

Bouquet Convo Sesuai Untuk Perempuan

Kalau untuk graduan perempuan, memang rambang mata. Nak pilih apa pun jadi cantik, sebab perempuan ni bila digandingkan dengan bunga, memang match made in heaven.

Warna & Nuansa Feminin

Selalunya pilihan selamat: warna pink, ungu, pastel. Nampak lembut, manis, dan sangat photogenic bila bergambar dengan jubah convo.

  • Roses pink → klasik, simbol cinta & penghargaan.

  • Carnation → banyak makna kasih sayang & pengorbanan, sesuai dari ibu bapa.

  • Eustoma putih/pastel → simbol kelembutan & kesungguhan.

Bunga Popular & Kombinasi Cantik

  • Roses + carnation → feminin & sweet.

  • Hydrangea biru pastel → nampak dreamy, sangat trending di Shah Alam.

  • Campuran tulip merah jambu + trachymene → bagi vibe elegan tapi tetap youthful.

mother's day gift malaysia, gift for mom, best gift for mother's day, pure love bouquet

Pure Love Bouquet

Harga: Bermula daripada RM190

Purple rose with white eustoma bouquet with graduation knitted girl doll

Graduation Bouquet with Graduation Knitted Girl Doll

Paris Twilight Bouquet

Paris Twilight Bouquet

Harga: Bermula daripada RM230

Bouquet Convo Sesuai Untuk Lelaki

Haa… ni part yang ramai pening. “Boleh ke bagi lelaki bunga?” Jawapan dia mesti lah boleh. Lelaki pun layak dapat bouquet lawa tau, jangan stereotaip sangat hahah.

Warna Maskulin

Gunakan wrapping hitam, navy, maroon, atau kelabu gelap. Sekali pandang pun dah nampak bold & confident.

Bunga Sesuai Untuk Lelaki

  • Sunflower → simbol kekuatan, kejayaan, dan semangat. Ini memang kegemaran ramai untuk lelaki.

  • White roses → simple, clean, nampak smart & exclusive.

  • Gerbera bold (merah, oren, kuning terang) → nampak striking, sesuai untuk lelaki yang confident.

Alternatif

Kalau rasa bunga terlalu girly, boleh cuba:

  • Bouquet coklat → penuh dengan coklat, energy bar, kacang. Sesuai untuk abang-abang sporty.

  • Money bouquet (kalau bajet lebih) → bagi terus duit siap gulung jadi bouquet, confirm viral.

  • Bouquet mix – bunga + Ferrero Rocher + minuman kegemaran (contoh Red Bull). Terus nampak fun & unik.

Thank You Dad Bouquet, father's day flowers

Thank You Dad Bouquet

Harga: Bermula daripada RM200

Red Apple Bouquet

Pesanan Ikhlas dari Florist White On White

Konvokesyen ni cuma sekali seumur hidup (well, kecuali dia sambung Master, PhD, tu lain cerita haha). Jadi jangan pandang ringan pasal bunga ni.

Okay jom kita recap balik.

🚨 Untuk perempuan → pilih bunga lembut, warna manis.

🚨 Untuk lelaki → pilih wrapping maskulin, bunga bold, atau bouquet coklat.

🚨 Untuk last-minute panic buyer → pilih florist yang boleh delivery ke UiTM Shah Alam dan sanggup terima urgent order.

Akhir sekali, bouquet bukan sekadar cantik untuk bergambar. Ia adalah memori. Bila graduan balik rumah, simpan bouquet tu walaupun dah kering, dia akan teringat balik hari penuh kebanggaan tu.

So, kalau awak tengah pening nak cari bunga konvo Shah Alam, jangan risau. Tempah awal-awal, pilih ikut jantina & personaliti penerima. Paling penting, jangan sampai tangan kosong depan dewan. Sebab percayalah… gambar konvo tanpa bunga, confirm nampak “kosong”.

Soalan Lazim (FAQs)

1. Berapa harga bouquet convo Shah Alam?

Harga bouquet convo di Shah Alam biasanya bermula sekitar RM70–RM100 untuk bouquet kecil, manakala bouquet besar dengan wrapping premium, teddy bear atau belon boleh cecah RM250–RM300. Harga bergantung pada jenis bunga, saiz, dan wrapping.

2. Ada delivery bouquet convo ke UiTM Shah Alam?

Ya, memang ada. Ramai florist sediakan delivery terus ke UiTM Shah Alam masa musim konvo. Ada juga yang buat pickup point dekat dewan supaya lebih mudah.

White On White setiap tahun memang handle banyak order untuk UiTM Shah Alam. Kami siap ada team khas untuk hantar terus ke lokasi konvo, jadi tak perlu risau bouquet sampai lambat atau rosak.

3. Boleh ke order bouquet convo last minute?

Boleh, tapi pilihan memang terhad dan risiko bouquet cepat habis tu tinggi. Kadang-kadang harga pun naik sebab bunga last stock. Sebaiknya order 3–5 hari lebih awal untuk secure design yang cantik.

Kalau tiba-tiba urgent, White On White memang ada same-day delivery sekitar Shah Alam. Jadi walaupun order last minute, masih boleh surprise orang tersayang dengan bouquet convo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *