Flower Care Tips

Jangan Rosakkan Bunga Pengantin Anda Dengan Buat 5 Benda Ini

Jangan rosakkan bunga tangan pengantin anda dengan melakukan 5 perkara ini
Jangan rosakkan bunga tangan pengantin anda dengan melakukan 5 perkara ini

Sebagai florist yang dah ada dalam industri selama lebih 10 tahun, dan diketuai oleh flower expert dengan pengalaman lebih 20 tahun, kami sudah menyaksikan bermacam-macam situasi berkaitan dengan bunga tangan pengantin.

Ramai bakal pengantin datang kepada kami dengan harapan mahukan bridal bouquet yang nampak elegan, segar dan tahan sepanjang hari. Tapi, yang ramai tak sedar adalah betapa mudahnya bunga pengantin mereka ini boleh rosak hanya kerana beberapa kesilapan kecil yang nampak remeh.

Sebagai pakar bunga, kami ingin kongsikan 5 perkara penting yang anda JANGAN buat pada bunga tangan anda, lengkap dengan contoh dan cara pencegahan supaya anda dapat meraikan hari bahagia dengan penuh yakin dan tenang.

1. Jangan Beli Semasa Musim Hari Istimewa (Valentine’s Day, Mother’s Day)

Sering kali situasi ini terjadi dimana beberapa bakal pengantin datang kepada kami seminggu sebelum hari kahwin, tanpa mengetahui ia jatuh pada minggu Valentine. Dia terkejut bila harga bunga, terutamanya ros merah dan tulip, melonjak hampir dua kali ganda dan beberapa jenis bunga yang diidamkan langsung tiada stok.

Kenapa benda ini berlaku sebab musim perayaan seperti Valentine’s Day, Hari Ibu, dan Tahun Baru Cina adalah waktu dimana permintaan bunga meningkat secara mendadak. Ini menyebabkan:

  • Harga borong naik (kadang-kadang sehingga 3 kali ganda)
  • Bekalan menjadi terhad
  • Florist perlu dahulukan tempahan khas perayaan berbanding custom wedding bouquet

Apa yang patut anda buat?
👉 Tempah 2–4 minggu lebih awal jika majlis jatuh dekat dengan tarikh-tarikh ini
👉 Berbincang dengan florist lebih awal untuk lock design & harga
👉 Fleksibel dengan pilihan bunga — kadang bunga tempatan boleh jadi pengganti yang setanding dan tahan lebih lama

Precious Memories Bridal for Wedding and Bridal Bouquet, Ucapan Selamat Pengantin Baru, bunga tangan pengantin

Precious Memories Bridal

Harga: Bermula daripada RM390 – RM468

Purple Tulip Bridal Bouquet

Harga: Bermula daripada RM250 – RM300

My Juliet

Harga: Bermula daripada RM250 – RM300

2. Jangan Tempah Last Minute

Hal ini baru terjadi kepada kami bulan lepas. Ada seorang pengantin menghubungi kami 4 hari sebelum majlis dan meminta bouquet khas dengan bunga peony putih. Malangnya, peony ini jenis bermusim dan stok kami pada masa itu telah habis ditempah sebulan awal oleh pelanggan lain.

Kenapa order last minute tak digalakkan untuk bunga tangan pengantin?

  • Banyak bunga, terutamanya bunga import seperti peony, tulip, anemone hanya muncul pada musim tertentu.
  • Penghantaran import memerlukan perancangan lebih awal kerana bergantung kepada cuaca & flight logistics.
  • Stok bunga boleh habis cepat terutamanya waktu cuti sekolah dan musim perkahwinan.

Jadi sebelum anda bercadang nak buat pesanan last minute, lebih baik anda:
👉 Rancang & confirm jenis bunga sekurang-kurangnya 3–4 minggu awal dengan florist
👉 Tanya florist sama ada bunga yang anda mahu adalah jenis bermusim atau boleh didapati sepanjang tahun
👉 Sediakan alternatif bunga pilihan kedua

3. Jangan Simpan Dalam Peti Sejuk Rumah

Ini salah satu kesilapan yang ramai pengantin tak tahu, tapi kesannya sangat ketara. Ada pelanggan kami pernah simpan bunga tangan mereka dalam peti sejuk rumah malam sebelum majlis dan hasilnya? Kelopak peony yang lembut patah, keras, dan mula kehitaman bila dikeluarkan ke suhu bilik.

Jadi, kenapa anda tak boleh simpan bunga anda dalam peti sejuk rumah? Peti sejuk rumah direka untuk menyimpan makanan, bukan bunga.

  • Suhu peti sejuk rumah terlalu sejuk (kadangkala bawah 4°C)
  • Tiada kawalan kelembapan
  • Gas dari buah-buahan boleh mempercepatkan kelayuan bunga

Hal ini berbeza dengan chiller yang ada di mana-mana kedai bunga. Florist profesional menggunakan chiller khas dengan suhu stabil (antara 8°C–12°C) dan kelembapan terkawal yang sesuai untuk mengekalkan kesegaran bunga.

Di sini ada 3 perkara yang anda perlu buat:
👉 Simpan bunga di bilik berhawa dingin yang tidak terlalu sejuk
👉 Jauhkan dari cahaya matahari & kipas angin kuat
👉 Spray mist air secara ringan (bukan basah lencun!) untuk kelembapan tambahan

Red Romance

Harga: Bermula daripada RM280 – RM340

Perfect Match

Harga: Bermula daripada RM390 – RM470

Vintage Bridal bouquet for ROM Ceremony & Wedding Day

Vintage Bridal Bouquet

Harga: Bermula daripada RM350 – RM420

4. Jangan Tinggalkan Dalam Kereta Terlalu Lama

Bunga segar ni sangat sensitif dengan haba dan benda ni bukan mitos. Kami pernah terima gambar dari pelanggan, ros putih yang asalnya cantik yang bertukar kuning-kusam selepas 20 minit terperap dalam kereta berhawa panas.

Sebab apa berbahaya? Suhu dalam kereta tertutup boleh mencecah lebih 40°C, walaupun hanya 10 minit di tempat terbuka. Ini akan:

  • Membuatkan kelopak layu dan lembik
  • Warna bunga cepat pudar
  • Batang jadi lembik & mula membusuk

Apa patut anda buat?
👉 Jika ambil sendiri, pastikan kereta dah sejuk sebelum letakkan bunga
👉 Elakkan simpan bunga dalam but kereta atau bawah sinaran matahari
👉 Sediakan bekas tertutup atau kotak beralaskan kain lembut untuk simpan bouquet sementara

5. Jangan Pegang Kelopak Bunga Dengan Jari Terlalu Kerap

Ramai pengantin tak sedar yang mereka terlalu banyak menyentuh bunga semasa bersiap, berjalan, bergambar, hingga kelopak bunga jadi lebam dan warnanya bertukar keperangan atau kecoklatan.

Apa yang sebenarnya berlaku? Tangan manusia mengeluarkan haba dan peluh, dan bila disentuh berulang kali, kelopak bunga akan:

  • Jadi lembik
  • Kelihatan lebam
  • Warna luntur terutama pada bunga lembut seperti lisianthus & carnation

Apa patut anda buat?
👉 Pegang bouquet hanya di bahagian reben atau pemegang
👉 Elakkan sentuh bahagian atas kelopak berulang kali
👉 Sediakan tempat letak sementara (pasu kecil atau tuala bersih) bila tak digunakan

sweet bridal bouquet - Wedding & ROM Bridal Bouquet

Sweet Bridal Bouquet

Harga: Bermula daripada RM260 – RM315

love story bridal, Bunga tangan pengantin bunga segar, Ucapan Selamat Pengantin Baru

Love Story Bridal

Harga: Bermula daripada RM400 – RM480

Bunga tangan pengantin, Ucapan Selamat Pengantin Baru

Pure Bridal

Harga: Bermula daripada RM260 – RM315

Bonus Tip Dari Pakar: Jangan Lupa Ambil Gambar Flatlay Dengan Cincin, Veil atau Kad Kahwin

Ramai pengantin fokus ambil gambar semasa pegang bouquet, tapi lupa flatlay bunga adalah antara gambar paling cantik dan sentimental dalam album perkahwinan.
Bayangkan… Bunga tangan disusun indah bersama cincin nikah, kad jemputan, dan veil. Gambar ini bukan sekadar cantik, tapi sangat personal & bermakna.

Tips: Ambil gambar ini awal pagi, sebelum bunga terlalu lama dipegang atau layu.

Raikan Hari Pernikahan Anda Dengan Bunga Yang Dijaga Rapi

Bunga tangan pengantin bukan sekadar hiasan tapi simbol kelembutan, keindahan, dan momen yang hanya datang sekali.
Sebagai florist yang telah mengendalikan ratusan perkahwinan dan majlis besar sepanjang lebih satu dekad ini, kami percaya, bunga yang dijaga dengan betul akan menjadi memori paling indah dalam setiap helaian album cinta anda.

Kalau anda ingin berbincang tentang bouquet impian anda, atau nak tahu bunga apa yang sesuai ikut tema, warna dan musim, hubungi team florist kami. Kami sedia bantu, beri cadangan jujur, dan hasilkan bouquet yang bukan sahaja cantik tetapi penuh makna.

Soalan Lazim (FAQs) Tentang Bunga Tangan Pengantin

1. Lepas ambil bridal bouquet dari florist, boleh tak saya simpan dalam peti sejuk rumah?

Tidak digalakkan. Suhu dalam peti sejuk biasa terlalu sejuk dan kering, boleh menyebabkan kelopak bunga frost burn dan jadi rapuh. Sebaiknya simpan dalam bilik berhawa dingin atau tempat teduh dengan suhu stabil.

2. Kenapa harga bridal bouquet mahal bila beli waktu Valentine’s Day atau Mother’s Day?

Bunga jadi mahal semasa waktu Valentine’s Day atau Mother’s Day kerana permintaan bunga sangat tinggi waktu itu dan harga dari pembekal global pun naik. Contohnya, bunga ros import boleh naik 2–3 kali ganda. Kami sebagai florist pun tak boleh kawal harga bunga waktu ini, sebab itu kami selalu sarankan pelanggan tempah lebih awal dan elakkan peak season.

3. Boleh ke saya pilih bunga ikut gambar Pinterest yang saya suka?

Boleh, tapi perlu pastikan bunga tersebut bermusim atau tidak. Ada bunga seperti peony dan ranunculus hanya ada pada waktu tertentu dalam setahun. Berbincang awal dengan florist supaya kami boleh beri cadangan alternatif jika bunga pilihan tidak tersedia.

4. Berapa awal saya perlu tempah bridal bouquet sebelum hari majlis?

Kami sarankan paling lewat 3 minggu sebelum majlis, terutama jika anda inginkan bunga tertentu atau rekaan custom. Kalau last minute, kemungkinan besar stok bunga terhad dan anda perlu kompromi dari segi jenis atau warna.

5. Apa cara terbaik nak jaga bunga sebelum majlis bermula?

  • Elakkan simpan dalam kereta terlalu lama. Suhu panas boleh buat bunga cepat layu.
  • Jangan pegang kelopak terlalu banyak, jari kita panas dan boleh sebabkan lebam.
  • Spray sedikit air (mist) dan simpan di tempat teduh, sejuk dan tak kena cahaya langsung.

6. Boleh ke saya bawa bouquet masa sesi outdoor photography?

Boleh, tapi bawa dengan penuh hati-hati. Kami cadangkan:

  • Letak dalam kotak bunga yang stabil masa perjalanan.
  • Elak direct sunlight lebih dari 10 minit.
  • Pastikan sesi foto dengan bunga dibuat awal, sebelum bunga terlalu lama terdedah.

7. Perlu tak saya order bridal bouquet dan bridesmaid bouquet serentak?

Ya, itu lebih baik untuk pastikan tema, warna dan rekaan selaras. Lagipun, tempahan serentak bantu florist kami susun stok dan rekaan secara konsisten untuk majlis anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *