
Bunga tangan pengantin memainkan peranan penting dalam menambah seri majlis perkahwinan, menjadikannya elemen utama dalam checklist persiapan perkahwinan. Untuk tahun 2024, trend bunga pengantin di Malaysia semakin menarik dengan pelbagai pilihan yang elegan dan inovatif.
Sebagai kedai bunga Ipoh yang terbaik, kami tahu trend bunga tangan terkini dan kami akan mengupasnya supaya anda yang sedang merancang hari istimewa boleh nendapatkan inspirasi yang berguna.
Jom bersama kami menelusuri gaya dan pilihan terbaru untuk memastikan bunga tangan anda sebagai raja sehari bakal sempurna dan sesuai dengan tema perkahwinan anda.
- Sebelum anda membeli bunga tangan untuk majlis perkahwinan, anda WAJIB tahu benda ini
- BACA LEBIH LANJUT: Apa Yang Pengantin Perlu Tahu tentang Bunga Tangan Pengantin
Bunga Tangan Pengantin Dari Bunga Segar

Bunga segar kekal sebagai pilihan utama dan popular dalam pemilihan bunga tangan bagi raja sehari tanpa mengira kaum di Malaysia kerana keindahannya yang semulajadi dan baunya yang harum. Untuk tahun 2024, seringkali bunga seperti mawar, peony, dan orkid menjadi trend kerana ia dapat memberikan sentuhan yang elegan dan menawan. Bunga tangan jenis ini bukan hanya terlihat menawan tetapi juga memberikan aura yang romantik dan mewah.
Selain itu, bunga segar juga memberikan keindahan semulajadi yang tiada tandingannya. Setiap kelopak bunga, warna, dan aromanya yang unik, menampakkan keanggunannya yang tidak dapat ditiru oleh bunga artificial atau bunga sabun. Pengantin sering memilih bunga segar kerana keaslian dan daya tarikannya yang mendalam.
Sekiranya anda mencari bunga segar untuk hari perkahwinan anda, anda boleh dapatkannya dari kami, kedai bunga Ipoh yang terkenal dengan pilihan bunga yang segar dan cantik.
Pilihan Bunga Segar untuk Bunga Tangan Pengantin
Terdapat pelbagai jenis bunga segar yang boleh digunakan untuk bunga tangan pengantin, bergantung kepada musim dan tema perkahwinan. Beberapa pilihan popular termasuk:
- Mawar: Simbol cinta dan keindahan, mawar adalah pilihan klasik untuk bunga tangan si raja sehari. Ia datang dalam pelbagai warna dan jenis, dari mawar merah yang romantik hingga mawar putih yang suci.
- Peony: Peony menawarkan bentuk yang megah dan aroma yang lembut, menjadikannya pilihan popular untuk perkahwinan musim bunga dan musim panas.
- Orkid: Dengan bentuk yang eksotik dan elegan, orkid sering digunakan untuk mencipta bunga tangan yang anggun dan menarik.
- Tulip: Bunga tangan pengantin tulip menawarkan sentuhan segar dan moden. Dengan bentuknya yang ringkas dan warna yang bervariasi, ia merupakan pilihan yang ideal untuk perkahwinan.
- Matahari: Bunga matahari, dengan warna kuning cerah dan bentuknya yang besar, memberikan kehangatan dan keceriaan pada raja sehari. Ia sesuai untuk perkahwinan yang ceria dan penuh warna, dan sering kali menjadi pilihan bagi tema rustic atau bohemian.
Bouquet Bunga Sabun sebagai Bunga Tangan Pengantin

Kebelakangan ini, kami di White On White menerima tempahan bunga tangan pengantin dari bunga sabun agak banyak dan kami menjangkakan ini adalah trend terkini. Bagi mereka yang mencari alternatif yang tahan lama, bouquet bunga sabun adalah pilihan yang semakin popular.
Bunga sabun mempamerkan keindahan yang kekal tanpa perlu risau tentang penjagaan dan penyimpanan. Dengan pelbagai reka bentuk dan warna, bunga sabun membolehkan anda menyesuaikannya mengikut tema perkahwinan anda. Selain itu, ia juga sering kali menjadi hadiah yang diingati, menjadikannya pilihan yang praktikal dan sentimental.
Jika anda mencari pilihan ini, banyak flower shop near Pasar Seni menawarkan koleksi bunga sabun yang menawan.
Bunga Artificial Juga Dijadikan Pilihan untuk Bunga Tangan Pengantin

Bunga artificial adalah pilihan yang menarik jika anda mencari sesuatu yang tidak memerlukan penjagaan yang teliti dan boleh disimpan sebagai kenangan. Kami faham, masa adalah sangat terhad bagi pasangan yang berkahwin. Anda mungkin tak ada waktu untuk menjaga bunga segar kerana terkejar-kejar untuk outdoor photoshoot, atau berjumpa dengan sanak saudara. Sebab itu, bunga artificial adalah yang paling sesuai untuk anda.
Zaman sekarang, bunga artificial dibuat dengan sangat realistik, dan pelbagai jenis bunga boleh ditemui dalam pelbagai warna dan bentuk. Kesemuanya boleh disatukan dengan elemen lain untuk menghasilkan bunga tangan yang unik dan menarik.
Pilihan ini juga sangat sesuai untuk pengantin yang merancang perkahwinan di tepi pantai. Bunga sabun dan bunga segar tidak sesuai untuk persekitaran yang basah kerana akan merosakkan kelopak dan kejadiannya.
FAQs
Saya merancang untuk mengadakan majlis di luar seperti di tepi pantai. Adakah bunga sabun sesuai?
Kami tidak menyarankan anda untuk membeli jenis bunga sabun kerana sekiranya bunga tersebut terkena air, kelopak bunga akan mencair dan bentuknya sudah tidak sempurna. Lebih baik jika anda memilih bunga artificial. Selain selamat, anda juga boleh simpannya lama sebagai kenangan hari bersejarah anda.
Saya suka dengan bunga tangan pengantin tulip. Warna apa yang sesuai untuk majlis akad nikah?
Sebenarnya, ia bergantung kepada pemilihan tema akad nikah anda. Kebiasaannya, bakal pengantin akan memilih baju pengantin berwarna putih supaya dapat dipasangkan bersama bunga tangan pelbagai warna seperti putih, ungu dan merah jambu. Namun, sekiranya anda ada tema tersendiri, anda boleh hubungi khidmat pelanggan kami untuk bantu anda membuat keputusan yang terbaik.
Mencipta Bunga Tangan Pengantin yang Ideal
Dalam memilih bunga tangan pengantin, anda harus pertimbangkan faktor seperti tema perkahwinan, warna pakaian, dan personaliti anda. Bunga tangan yang dipilih dengan hati-hati akan melengkapi penampilan anda dan menambah keindahan majlis perkahwinan. Sama ada anda memilih bunga segar, bunga sabun, atau bunga artificial, pastikan ia padan dengan gaya anda.
Dengan trend 2024 yang menawarkan pelbagai pilihan menarik, anda pasti akan menemui bunga tangan pengantin yang sempurna untuk hari bahagia anda. Jangan lupa untuk mengunjungi kami di White On White, kedai bunga Ipoh dan the best online florist in KL untuk mendapatkan pilihan yang terbaik dan memastikan hari istimewa anda benar-benar sempurna.